menemukan nama-nama monumen brunei darussalam
IPS
farojack
Pertanyaan
menemukan nama-nama monumen brunei darussalam
2 Jawaban
-
1. Jawaban cryzen
Jambatan Edinburgh Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama sempena lawatan pertama kali Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh ke Brunei dalam tahun 1959. Jambatan ini menyeberangi Sungai Kedayan yang menghubungkan dari Bandar Brunei ke Tutong dan Kuala Belait. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh selaku Tetamu Diraja itu sendiri pada 28 Februari 1959 jam 3.26 petang. Ia merupakan salah sebuah daripada empat buah jambatan yang dibina oleh Kerajaan yang menelan belanja sebanyak $2,219,000.00 di bawah peringkat pertama rancangan jalan dan jambatan yang menelan belanja kira-kira $70,000,000.00. Ianya adalah antara usaha baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam membaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial di Negeri Brunei pada tahun 1950-an.
Pintu Gerbang Sempena Peruspaan Pintu Gerbang sempena Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 pada 1 Ogos 1968 telah disembahkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusuf. Pada asalnya Pintu Gerbang ini didirikan di kawasan Kampong Sultan Lama tapi telah dipindahkan ke sebelah dalam sedikit setelah Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dibina pada bulan Oktober 1993.
Jam Peringatan Jam Peringatan adalah merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian keempat penjuru sebelah atasnya diletakkan sebuah jam Seiko. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan. Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
Bubungan Dua Belas Bubungan Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1½ kilometer. Bangunan ini dinamakan Bubungan Dua Belas kerana ia mempunyai dua belas bumbung yang bertingkat-tingkat. Ia didirikan setelah bermulanya sistem pentadbiran Residen British di Brunei sejak tahun 1906. Pada mulanya bangunan ini merupakan tempat kediaman rasmi bagi Mr. MacArthur, Residen British yang pertama di Brunei. Di sekitar kawasan bangunan ini sebelumnya juga menempatkan antaranya Pusat Pentadbiran, Balai Polis, Head Quarters Kakitangan Kerajaan dan lain-lain lagi. Pembinaan bangunan ini mula dilaksanakan dalam bulan Julai 1907 dan kontraktornya pula telah didatangkan dari luar negeri. Manakala para pekerja buruh adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Peralatan bagi pembinaan bangunan didatangkan dari Sandakan, Sabah. Bangunan Bubungan Dua Belas ini masih kekal hingga kini dengan tidak banyak mengalami perubahan dan sekarang ianya di bawah Pemuliharaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN Masjid Omar 'Ali Saifuddien telah mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Baginda telah mengangkat mertabat ugama Islam ke tempat yang tinggi dan -21 -
2. Jawaban gabrielnaibaho
1 bumbungan dua belas
2 bangaunan sekertariat
3 Istana Darussalam
4 Tugu Peringatan Bandar Seri Begawan