ciri-ciri pantun melayu
B. Indonesia
indonesiabg10
Pertanyaan
ciri-ciri pantun melayu
2 Jawaban
-
1. Jawaban Tabah21
PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.Contoh pantun dua kerat : Gendang gendut tali kecapi, (a) Kenyang perut suka hati. (a)Contoh pantun empat kerat : Pulau Pandan jauh ke tengah, (a) Gunung Daik bercabang tiga, (b) Hancur badan dikandung tanah, (a) Budi yang baik dikenang juga. (b)
Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan.Setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku kata. -
2. Jawaban jovanhilmansyah
pantun yg berbahasa melayu